Ya-Sin (36)

20px
1.8
1Yasin. 2

Sumpah demi al-Quran yang penuh hikmah (kebijaksanaan),

3

Sesungguhnya engkau benar-benar termasuk para utusan.

4Yang berada di atas jalan yang lurus. 5Diturunkan oleh Tuhan Penjaga Yang Maha Perkasa, Yang Maha Penyayang. 6Supaya engkau beri amaran peringatan kepada satu kaum yang nenek moyang mereka sudah lama tidak diberi amaran, lalu mereka menjadi lalai. 7

Sememangnya telah sabit kesalahan ke atas kebanyakan mereka, jadi mereka tidak akan beriman.

📝(Ayat 7)
8Kami letakkan belenggu pada leher mereka sampai ke dagu, lalu kepala mereka terangkat ke atas (menjadi angkuh tidak mahu akur dan tunduk kepada wahyu). 9

Kami letakkan benteng di hadapan mereka dan benteng di belakang mereka, lalu Kami melitupi mereka, akhirnya mereka tidak dapat melihat dan memahami.

10

Sama saja bagi mereka, engkau beri amaran peringatan atau tidak, mereka tetap tidak akan percaya.

11

Engkau hanya dapat memberi amaran peringatan kepada orang yang mengikuti peringatan pedoman (Al-Zikra) dan gerun dengan Tuhan Yang Maha Mengasihani (Al-Rahman) walaupun mereka tidak melihat-Nya. Mereka akan mendapat keampunan dan ganjaran yang besar.

🏷️ (#al-zikra)
12

Sesungguhnya Kami menghidupkan yang mati, dan Kami menulis apa yang mereka lakukan dan jejak perbuatan mereka yang lepas. Segalanya Kami catat dalam satu rujukan yang jelas (imamin mubeen).

🏷️ (#imamin mubeen)
13

Ceritakanlah satu contoh kepada mereka, tentang penduduk sebuah kota bila para utusan datang kepada mereka.

14

Ketika Kami utuskan kepada mereka dua orang dan mereka pun mendustakan kedua-duanya, jadi Kami kuatkan mereka berdua dengan orang yang ketiga. Mereka berkata, 'Sesungguhnya kami ini diutus kepada kamu semua.'

15

Penduduk kota menjawab, 'Kamu semua hanyalah manusia seperti kami. Tuhan Maha Mengasihani (Al-Rahman) tidak menurunkan apa-apa pun. Kamu semua hanya bercakap bohong.'

16

Para utusan berkata, "Tuhan kami memang tahu sememangnya kami ini benar-benar diutus kepada kamu...

17

... dan tugas kami hanyalah untuk penyampaian mesej yang jelas."

18

Mereka berkata, 'Sesungguhnya kami rasa kamu pembawa sial. Jika kamu tidak berhenti, kami akan merejam kamu dan kami akan azabkan kamu bertiga dengan hukuman yang pedih.'

19

Utusan-utusan itu berkata, 'Kesialan kamu itu datang dari kepercayaan karut kamu sendiri.

Tapi, adakah kamu dapat walaupun sedikit peringatan daripada apa yang kami sampaikan?

Tidak! Kamu semua memang satu kaum yang melampaui batas.'

20

Dan seorang lelaki dari luar kota pun datang berlari . Dia berkata, 'Wahai kaumku, dengar dan akurlah kepada para utusan ...

21

... ikutlah mereka ini yang tidak meminta sebarang upah atau ganjaran daripada kamu, dan mereka berada di jalan yang benar.'

22'Dan mengapa aku tidak berkhidmat kepada Dia yang telah menciptakan aku, dan kepadaNya lah aku akan dikembalikan?' 23

'Patutkah aku mengambil tuhan selain Dia? Jika Tuhan Yang Maha Penyayang (Al-Rahman) hendak kenakan kesusahan kepada aku, jadinya pertolongan (syafaat) tuhan-tuhan lain itu tidak akan berguna sedikit pun bagi aku, dan mereka pun tidak dapat menyelamatkan aku.'

24'Kalau lah saya buat begitu, memang aku jelas-jelas sesat.' 25

'Sesungguhnya aku beriman kepada Tuhan Penjaga kamu semua. Jadi dengar dan telitilah apa aku sampaikan ini.'

26

Dikatakan kepadanya, 'Masuklah ke dalam syurga.'

Dia berkata, 'Alangkah baiknya jika kaumku mengetahui ...

27

... tentang bagaimana Tuhanku telah mengampuni aku dan menjadikan aku dikalangan orang yang dimuliakan.'

28

Selepas dia, Kami tidak menurunkan ke atas kaumnya sebarang tentera pun dari langit untuk musnahkan mereka, dan Kami tak perlu pun buat begitu.

29Ianya cuma satu dentuman (letupan) sahaja, dan dengan sekelip mata mereka semuanya mati pupus. 30Alangkah ruginya hamba-hamba itu. Bila datangnya utusan pada mereka, semestinya diejek dan dihina. 31Tidakkah mereka melihat berapa banyak generasi yang lepas, yang Kami telah binasakan? Mereka (yang dibinasakan) tidak akan kembali. 32Dan setiap mereka semuanya akan dikumpulkan dan dihadapkan depan Kami. 33

Dan salah satu penerangan bagi mereka ialah bumi yang mati. Kami hidupkan bumi itu, dan Kami keluarkan daripadanya berbagai-bagai tanaman bijirin, lalu mereka makan daripadanya.

34Dan Kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air. 35

Supaya mereka dapat makan buah-buahannya. Bukan tangan mereka yang menghasilkannya. Jadi mengapa mereka tidak bersyukur?

36

Maha Agung Dia yang telah membentukkan semua pasangan, daripada apa yang bumi tumbuhkan, daripada diri mereka sendiri, dan daripada apa yang mereka tidak mengetahui.

37

Dan satu penjelasan bagi mereka ialah malam. Kami tarik siang daripadanya, dan mereka terus berada dalam kegelapan.

38Dan matahari berjalan ke penghujung peredarannya (atau tempohnya). Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa, Yang Maha Mengetahui. 39Dan bulan, Kami tetapkan baginya beberapa fasa sehingga ia menjadi seperti pelepah kurma yang tua dan kering. 40Tidaklah sesuai bagi matahari mendahului bulan, dan malam pula tidak mendahului siang. Masing-masing berenang (beredar) pada garis edaran yang tertentu. 41

Dan satu penjelasan lagi bagi mereka ialah bahawa Kami telah membawa keturunan mereka dalam bahtera yang penuh sarat.

42

Dan Kami menjadikan untuk mereka kenderaan-kenderaan seumpamanya yang mereka naiki.

43

Dan jika Kami menghendaki, Kami boleh sahaja tenggelamkan mereka. Jadi tidak ada penolong bagi mereka, dan mereka tidak diselamatkan.

44

Kecuali dengan rahmat daripada Kami, dan Kami memberi mereka kesenangan hidup pada jangkamasa tertentu.

45

Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Takutlah pada perbuatan kamu yang akan datang dan yang dah lalu, agar kamu mendapat rahmat,' mereka berpaling (tidak mahu akur).

46

Dan tidak datang kepada mereka satu penerangan pun daripada penjelasan-penjelasan Tuhan Penjaga mereka melainkan mereka berpaling daripadanya.

🏷️ (#ayat)
47Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan kepada kamu,' orang-orang kafir berkata kepada orang-orang beriman, 'Patutkah kami beri makan kepada orang yang Allah sendiri boleh memberinya makan jika Dia mahu? Kamu sebenarnya dalam kesesatan yang nyata.' 48Dan mereka jugalah yang berkata, 'Bilakah janji itu akan datang, jika kamu orang yang benar?' 49Tidak lama menunggu, tapi hanya satu dentuman (letupan) sahaja yang akan menerjah (serbu) mereka ketika mereka sedang bertengkar. 50

Mereka tidak akan mampu membuat wasiat, dan mereka juga tidak dapat kembali kepada keluarga mereka.

51

Dan sangkakala pun ditiup, tiba-tiba mereka bangun keluar dari kubur mereka bergesa kepada Tuhan Penjaga mereka.

📝(Ayat 51) 🏷️ (#al-suri)
52

Mereka berkata, 'Aduhai, celakalah kami, siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?' Inilah apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, dan para utusan telah mengatakan yang benar.

📝(Ayat 52) 🏷️ (#kubur)
53

Tidak lain hanyalah satu dentuman (letupan) sahaja, tiba-tiba mereka semuanya dihadapkan depan Kami.

📝(Ayat 53)
54

Pada hari itu, tidak ada sebarang jiwa pun yang dizalimi walaupun sedikit, dan kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah lakukan.

55Sesungguhnya ahli syurga pada hari ini sibuk bergembira. 56Mereka dan pasangan mereka sandar pada kerusi sofa sandar, di bawah teduhan nyaman. 57Di situ ada macam buah-buahan untuk mereka, dan mereka mendapat apa sahaja yang mereka minta. 58Dikatakan kepada mereka: "Salam" sebagai ucapan daripada Tuhan Penjaga Yang Maha Penyayang. 📝(Ayat 58) 59Dikatakan: "Wahai penjenayah, pisah lah kamu dari orang yang baik pada hari ini.' 60Bukankah Aku telah berpesan kepada kamu, wahai anak-anak Adam, supaya kamu tidak berkhidmat untuk syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata dan jelas bagi kamu. 🏷️ (#syaitan) 61Dan berkhidmat lah untuk Aku. Inilah jalan yang lurus. 62

Dan sesungguhnya syaitan telah menyesatkan ramai daripada kamu. Tidakkah kamu berfikir?

63Inilah neraka Jahanam yang telah dijanjikan kepada kamu. 64

Kamu dibakar dalamnya pada hari ini kerana apa kamu ingkar dulu.

65

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka tapi tangan mereka akan bercakap kepada Kami, dan kaki mereka akan menjadi saksi terhadap apa yang pernah mereka kerjakan.

66Dan jika Kami menghendaki, Kami boleh sahaja musnahkan penglihatan mereka, dan mereka berlumba-lumba mencari jalan tapi bagaimana mereka hendak melihat? 67

Dan jika Kami menghendaki, Kami boleh terus mencacatkan mereka jadi mereka tidak dapat bergerak maju atau ke belakang.

68Dan sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami lemahkannya. Tidakkah mereka menggunakan akal untuk berfikir? 69Dan Kami tidak mengajarkan syair kepada dia, dan itu tidak sesuai baginya. Ini hanyalah peringatan dan satu Quran yang jelas. 📝(Ayat 69) 🏷️ (#tajwid) 70

Untuk mengingatkan orang yang hidup, dan untuk tetapkan hujah ke atas orang-orang yang kafir.

71

Tidakkah mereka melihat binatang-binatang ternak yang Kami telah jadikan untuk mereka, daripada Kami buat dengan tangan Kami, lalu mereka menjadi pemiliknya?

72Dan Kami tundukkan (jinakkan) binatang-binatang itu untuk mereka; sebahagiannya menjadi tunggangan mereka, dan sebahagiannya mereka makan. 73

Dan daripada binatang-binatang itu mereka mendapat banyak manfaat dan minuman. Jadi tidakkah mereka bersyukur?

74Namun mereka mengambil beberapa tuhan selain Tuhan Penjaga, dengan harapan tuhan-tuhan itu akan menolong mereka. 75Tuhan-tuhan lain itu tidak dapat menolong mereka sedikit pun, bahkan tuhan-tuhan itu perlukan kehadiran sekumpulan orang untuk bantu mereka. 76

Jadi janganlah engkau bersedih dengan apa yang mereka katakan. Sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka isytiharkan.

77

Tidakkah manusia melihat bahawa Kami telah membentukkannya daripada setitik cairan kehidupan? Tiba-tiba dia menjadi penentang yang nyata.

78Dan dia membuat perumpamaan untuk ajar Kami, dan dia lupa kepada kejadiannya sendiri? Dia berkata, 'Siapakah yang akan menghidupkan tulang-belulang yang telah hancur itu?' 79

Katakanlah, 'Yang akan menghidupkannya ialah Dia yang telah menghasilkannya pada kali yang pertama. Dia Maha Mengetahui setiap pembentukan.'

80Dialah yang menjadikan untuk kamu api daripada pohon yang hijau, sehingga dengan itu kamu dapat menyalakan api. 81

Tidakkah Dia yang telah menjadikan langit dan bumi berkuasa untuk menjadikan semula yang serupa dengan itu? Bahkan Dia Maha Pencipta, Maha Mengetahui.

82

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, 'Jadilah', lalu terjadilah ia.

83Maha Agung Tuhan yang di tangan-Nya kekuasaan segala sesuatu, dan kepada-Nya-lah kamu semua akan dikembalikan.