Az-Zalzalah

Surah 99 - 8 Verses

Translation: Quran Kini Project

Language: Malay

Generated: January 31, 2026

Read Online:

QR Code
1Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, 2Dan bumi mengeluarkan beban-beban beratnya, 3Dan manusia bertanya: Mengapa ia jadi begini? 4Pada hari itu ia menceritakan khabarnya, 5Kerana sesungguhnya Tuhanmu telah mewahyukan kepadanya. 6Pada hari itu manusia keluar dalam keadaan berasingan untuk diperlihatkan kepada mereka amalan mereka. 7Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, dia akan melihatnya. 8Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, dia akan melihatnya.