Al-'Alaq
Surah 96 - 19 Verses
Read Online:
https://qurankini.com/v2/surah/96/reading
1Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,
2Dia menciptakan manusia dari segumpal darah.
3Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Mulia,
4Yang mengajarkan dengan pena,
5Mengajarkan manusia apa yang tidak dia ketahui.
6Sekali-kali tidak! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
7Kerana dia melihat dirinya serba cukup.
8Sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali.
9Bagaimanakah pendapatmu tentang orang yang menghalangi,
10Seorang hamba apabila dia solat?
11Bagaimanakah pendapatmu jika dia berada di atas petunjuk,
12Atau dia menyuruh bertaqwa?
13Bagaimanakah pendapatmu jika dia mendustakan dan berpaling?
14Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat?
15Sekali-kali tidak! Sungguh jika dia tidak berhenti, Kami benar-benar akan menarik ubun-ubunnya,
16Ubun-ubun yang berdusta lagi derhaka.
17Maka biarlah dia memanggil kumpulannya,
18Kelak Kami akan memanggil (malaikat) Zabaniyah.
19Sekali-kali tidak! Janganlah kamu patuh kepadanya; dan bersujudlah serta mendekatlah (kepada Allah).