Ash-Shams (91)

20px
1.8
1Demi matahari dan cahayanya pada pagi hari, 2Dan bulan apabila ia mengikutinya, 3Dan siang apabila ia menampakkannya, 4Dan malam apabila ia menutupinya, 5Dan langit serta pembinaannya, 6Dan bumi serta penghamparannya, 7Dan jiwa serta penyempurnaannya, 8Maka Dia mengilhamkan kepadanya kefasikan dan ketaqwaannya, 9Sesungguhnya telah berjaya orang yang menyucikannya, 10Dan sesungguhnya telah rugi orang yang mengotorkannya. 11Thamud telah mendustakan kerana melampaui batas, 12Ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka, 13Lalu Utusan Allah berkata kepada mereka: (Biarkanlah) unta betina Allah dan minumannya. 14Tetapi mereka mendustakannya lalu mereka menyembelihnya; maka Tuhan mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu Dia meratakan mereka. 15Dan Dia tidak takut akan kesudahannya.