Al-Balad (90)

20px
1.8
1Aku bersumpah dengan negeri ini (Makkah), 2Sedang kamu bertempat tinggal di negeri ini, 3Dan demi bapa dan apa yang dilahirkannya. 4Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam kesulitan. 5Adakah dia menyangka bahawa tiada seorang pun yang berkuasa ke atasnya? 6Dia berkata: Aku telah menghabiskan harta yang banyak. 7Adakah dia menyangka bahawa tiada seorang pun yang melihatnya? 8Bukankah Kami telah menjadikan baginya dua mata, 9Dan lidah serta dua bibir, 10Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan? 11Maka mengapakah dia tidak menempuh jalan yang sukar (Al-Aqabah)? 12Dan tahukah kamu apakah jalan yang sukar itu? 13(Iaitu) memerdekakan hamba, 14Atau memberi makan pada hari kelaparan, 15Kepada anak yatim yang ada hubungan kerabat, 16Atau orang miskin yang sangat fakir. 17Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan dengan kesabaran serta saling berpesan dengan kasih sayang. 18Mereka itulah golongan kanan. 19Dan orang-orang yang ingkar kepada ayat-ayat Kami, mereka itulah golongan kiri. 20Ke atas mereka ada api yang ditutup rapat.