Al-Anfal

Surah 8 - 75 Verses

Translation: Quran Kini Project

Language: Malay

Generated: June 19, 2026

Read Online:

QR Code
1

Mereka bertanya kepadamu tentang rampasan perang.

Katakanlah: "Rampasan perang itu milik Allah dan Utusan. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara kamu; dan patuhlah kepada Allah dan Utusan-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman."

2

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang:

3

Iaitu mereka yang mendirikan perhubungan (solat) dan mereka membelanjakan dari apa yang Kami rezekikan kepada mereka.

4

Mereka itulah yang benar-benar beriman.

Bagi mereka darjat-darjat di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta rezeki yang mulia.

5

Sebagaimana Tuhanmu mengeluarkan kamu dari rumahmu dengan kebenaran, padahal sesungguhnya segolongan dari mereka yang beriman itu benar-benar tidak menyukai,

6

Mereka membantahmu tentang kebenaran sesudah ia diperjelaskan, seolah-olah mereka dipaksa ke arah kematian sedang mereka melihatnya.

7

Dan ketika Allah menjanjikan kepadamu salah satu dari dua kumpulan, bahawa ia adalah untukmu, walaupun kamu menginginkan kumpulan yang tidak mempunyai kekuatan senjata untuk diri kamu.

Dan Allah menghendaki untuk menegakkan kebenaran dengan perkataan-perkataan-Nya dan memusnahkan sisa orang-orang yang ingkar,

8

Supaya Dia menegakkan kebenaran dan memansuhkan yang batil walaupun penjenayah tidak menyukai.

9

Ketika kamu memohon bantuan dengan Tuhanmu, lalu Dia menjawab: "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut."

10

Dan Allah menjadikannya sebagai berita gembira dan agar hati kamu menjadi tenang dengannya.

Dan tiada pertolongan itu melainkan dari sisi Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

📝(Ayat 10) 11

Dan bila Dia melitupi kamu dengan rasa mengantuk sebagai ketenangan dari-Nya,

dan Dia menurunkan air dari langit kepadamu untuk menyucikan kamu dengannya dan menghilangkan dari kamu gangguan syaitan

dan untuk meneguhkan hati kamu serta memantapkan dengannya langkah-langkah kaki.

12

Ketika Tuhanmu mewahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku bersama kamu semua, teguhkanlah mereka yang beriman. 

Kelak Aku akan mencampakkan ketakutan ke dalam hati mereka yang ingkar;

oleh itu pukul-lah di atas leher-leher dan pukul-lah setiap hujung jari mereka."

13

Yang demikian itu adalah kerana mereka menentang Allah dan Utusan-Nya.

Dan sesiapa yang menentang Allah dan Utusan-Nya, sesungguhnya Allah sangat keras seksaan-Nya.

14

Itulah! Rasakanlah ia; dan sesungguhnya bagi mereka yang ingkar adalah azab Neraka.

15

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu orang-orang yang ingkar sedang mara ke depan, janganlah kamu membelakangi mereka.

📝(Ayat 15) 16

Dan sesiapa yang membelakangi mereka pada hari itu, kecuali untuk:

Sesungguhnya dia kembali dengan kemurkaan dari Allah, dan tempat tinggalnya adalah Jahanam; dan seburuk-buruk tempat kembali.

17

Bukanlah kamu yang lumpuhkan mereka, tetapi Allah-lah yang lumpuhkan mereka.

Dan bukanlah kamu yang membaling ketika kamu membaling, tetapi Allah-lah yang membaling;

dan untuk menguji orang-orang yang beriman dengan ujian yang baik dari-Nya.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

🏷️ (#qotilu) 18

Itulah, dan sesungguhnya Allah melemahkan rancangan mereka yang ingkar.

19

Jika kamu semua meminta keputusan, sesungguhnya keputusan telah datang kepada kamu semua;

dan jika kamu semua berhenti, itu adalah lebih baik bagi kamu semua;

dan jika kamu semua kembali, Kami pun kembali;

dan kumpulan kamu semua tidak boleh membantu sedikit pun walaupun jumlahnya banyak.

Dan sesungguhnya Allah bersama mereka yang beriman.

20

Wahai kamu yang beriman! Patuhlah kepada Allah dan Utusan-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripadanya sedang kamu mendengar.

21

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang berkata: "Kami mendengar, padahal mereka tidak mendengar."

22

Sesungguhnya seburuk-buruk makhluk di sisi Allah ialah mereka yang pekak lagi bisu yang tidak menggunakan akal.

23

Dan sekiranya Allah mengetahui ada kebaikan pada mereka, nescaya Dia mendorong mereka untuk mendengar.

Dan sekiranya Dia mendorong mereka untuk mendengar, nescaya mereka tetap berpaling sedang mereka enggan.

24

Wahai kamu semua yang beriman! Sahutlah seruan Allah dan Utusan apabila dia menyeru kamu kepada apa yang menghidupkan kamu, dan ketahuilah bahawa Allah sempadan pembatas antara seseorang manusia dan hatinya, dan bahawa kepada-Nya-lah kamu akan dihimpunkan.

📝(Ayat 24)🏷️ (#haula) 25

Dan jagalah dirimu dari fitnah yang tidak sekali-kali menimpa mereka yang zalim di antara kamu secara khusus sahaja. Dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras seksaan-Nya.

26Dan ingatlah ketika kamu berjumlah sedikit lagi tertindas di bumi, kamu takut manusia akan menyambar kamu, lalu Dia memberi kamu tempat menetap dan menguatkan kamu dengan pertolongan-Nya serta merezekikan kamu dari yang baik-baik supaya kamu bersyukur.🏷️ (#khothofa) 27

Wahai kamu semua yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Utusan, dan janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah kamu sedang kamu mengetahui.

28Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu hanyalah fitnah, dan sesungguhnya di sisi Allah ada ganjaran yang besar. 29

Wahai kamu semua yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan:

Dan Allah mempunyai kurniaan yang agung.

📝(Ayat 29)🏷️ (#furqan) 30

Dan ketika orang-orang yang ingkar melakukan tipu daya terhadapmu untuk sekatmu atau membunuhmu atau mengusirmu.

Mereka merancang dan Allah merancang; dan Allah adalah sebaik-baik perancang.

31

Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami, mereka berkata: "Sesungguhnya kami telah mendengar; sekiranya kami mahu, nescaya kami dapat mengatakan yang seumpama ini.

Ini tidak lain hanyalah dongengan orang dulu-dulu."

32

Dan ketika mereka berkata: "Wahai Allah! Jika ini adalah kebenaran dari sisi-Mu, hujanilah kami dengan batu dari langit atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih."

33Dan tidaklah Allah akan menyeksa mereka sedang kamu berada di antara mereka; dan tidaklah Allah akan menyeksa mereka sedang mereka memohon ampun. 34

Dan mengapakah Allah tidak menyeksa mereka padahal mereka menghalangi dari Masjidil Haram sedang mereka bukanlah pelindung-pelindungnya?

Pelindung-pelindungnya tidak lain hanyalah orang-orang yang bertaqwa, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.

35

Dan cara perhubungan (solat) mereka disisi Al-Bayt itu hanyalah siulan dan tepukan tangan.

Oleh itu rasakanlah azab disebabkan apa yang kamu semua ingkarkan.

36

Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu membelanjakan harta mereka untuk menghalangi dari jalan Allah.

Mereka akan membelanjakannya, kemudian ia menjadi penyesalan bagi mereka, kemudian mereka dikalahkan.

Dan mereka yang ingkar itu akan dihimpunkan ke dalam Jahanam,

37Supaya Allah membezakan yang buruk dari yang baik, dan menjadikan yang buruk itu sebahagiannya di atas sebahagian yang lain, lalu Dia menimbunkan semuanya, lalu Dia memasukkannya ke dalam Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi. 38Katakanlah kepada orang-orang yang ingkar itu: Jika mereka berhenti, nescaya akan diampuni bagi mereka apa yang telah lalu; dan jika mereka kembali, sesungguhnya telah berlaku ketetapan orang dulu-dulu. 39Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan Deen itu semuanya bagi Allah. Jika mereka berhenti, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan. 40Dan jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa Allah adalah Pelindungmu. Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong. 41

Dan ketahuilah bahawa apa sahaja rampasan perang yang kamu perolehi, sesungguhnya bagi Allah seperlimanya dan bagi Utusan, dan bagi saudara-mara, anak-anak yatim, mereka yang miskin dan yang dalam perjalanan,

jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami pada hari Furqan, iaitu hari bertemunya dua kumpulan. 

Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

42

Ketika kamu berada di pinggir lembah yang dekat dan mereka di pinggir lembah yang jauh, sedang kafilah penunggang berada di bawah kamu.

Dan sekiranya kamu mengadakan perjanjian, nescaya kamu akan menyalahi perjanjian itu, tetapi agar Allah melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan; supaya orang yang binasa itu binasa di atas bukti yang nyata dan orang yang hidup itu hidup di atas bukti yang nyata.

Dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

43

Ketika Allah memperlihatkan mereka kepadamu di dalam mimpimu berjumlah sedikit.

Dan sekiranya Dia memperlihatkan mereka kepadamu berjumlah banyak, nescaya kamu akan menjadi gentar dan nescaya kamu akan berbantah-bantahan dalam urusan itu, tetapi Allah telah menyelamatkan.

Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang ada dalam dada.

44

Dan ketika Dia memperlihatkan mereka kepada semua ketika kamu bertemu, berjumlah sedikit pada pandangan matamu, dan Dia menjadikan kamu berjumlah sedikit pada pandangan mata mereka, agar Allah melaksanakan suatu urusan yang harus dilaksanakan.

Dan kepada Allah dikembalikan segala urusan.

45

Wahai kamu semua yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan suatu kumpulan, teguhlah kamu dan sebutlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu berjaya.

46

Dan patuhlah kepada Allah dan Utusan-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu; dan bertabahlah. Sesungguhnya Allah bersama mereka yang tabah.

47

Dan janganlah kamu menjadi seperti mereka yang keluar dari rumah-rumah mereka dengan sombong dan riya' kepada manusia serta menghalangi dari jalan Allah.

Dan Allah meliputi apa yang mereka kerjakan.

48

Dan ketika syaitan menghiaskan bagi mereka amalan mereka dan berkata: "Tiada seorang pun dari manusia yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sesungguhnya aku adalah jiran bagi kamu semua." 

Apabila kedua kumpulan itu telah saling melihat, dia berbalik ke belakang dan berkata: "Sesungguhnya aku berlepas diri daripadamu, sesungguhnya aku melihat apa yang kamu tidak lihat, sesungguhnya aku takut kepada Allah."

Dan Allah sangat keras seksaan-Nya.

49

Ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit berkata: "Mereka itu telah diperdayakan oleh Deen mereka."

Tapi sesiapa yang bertawakal kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

50

Dan sekiranya kamu melihat ketika malaikat mematikan mereka yang ingkar sambil memukul wajah mereka dan belakang mereka: "Rasakanlah azab yang membakar."

51Yang demikian itu adalah disebabkan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tanganmu, dan sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menzalimi hamba-hamba-Nya. 52

Sebagaimana keadaan kaum Firaun dan orang-orang sebelum mereka; mereka ingkar kepada ayat-ayat Allah, lalu Allah menghukum mereka disebabkan dosa-dosa mereka.

Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Keras seksaan-Nya.

53Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali mengubah suatu nikmat yang telah Dia kurniakan kepada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri; dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. 54Sebagaimana keadaan kaum Firaun dan orang-orang sebelum mereka; mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami membinasakan mereka disebabkan dosa-dosa mereka dan Kami tenggelamkan kaum Firaun; dan semuanya adalah orang-orang yang zalim. 55Sesungguhnya seburuk-buruk makhluk di sisi Allah ialah orang-orang yang ingkar; mereka tidak akan beriman, 56Iaitu orang-orang yang kamu telah mengadakan perjanjian dengan mereka, kemudian mereka melanggar perjanjian mereka pada setiap kali, sedang mereka tidak bertaqwa. 57Jika kamu menjumpai mereka dalam peperangan, cerai-beraikanlah dengan mereka orang-orang yang di belakang mereka supaya mereka mengambil peringatan. 🏷️ (#thaqof) 58Dan jika kamu bimbang akan pengkhianatan dari suatu kaum, kembalikanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara yang sama. Sesungguhnya Allah tidak mencintai orang-orang yang khianat. 59Dan janganlah orang-orang yang ingkar itu menyangka bahawa mereka dapat mendahului. Sesungguhnya mereka tidak dapat melemahkan. 60Dan sediakanlah untuk mereka apa yang kamu sanggup dari kekuatan dan dari pasukan berkuda yang dengannya kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu serta orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak mengetahui mereka, Allah mengetahui mereka. Dan apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah akan disempurnakan (balasannya) kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi. 61

Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, cenderunglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah.

Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

62

Dan jika mereka bermaksud untuk menipumu, sesungguhnya cukuplah Allah bagimu.

Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan mereka yang beriman,

63

Dan Dia yang mempersatukan antara hati mereka.

Sekiranya kamu menginfakkan apa yang ada di bumi semuanya, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan antara hati mereka, tetapi Allah-lah yang mempersatukan antara mereka.

Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

64Wahai Nabi! Cukuplah Allah bagimu dan bagi orang-orang yang mengikutimu dari orang-orang yang beriman. 65

Wahai Nabi! Kobarkanlah semangat orang-orang yang beriman untuk berperang.

Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang;

dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka akan mengalahkan seribu dari mereka yang ingkar kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak memahami.

66

Sekarang Allah telah meringankan daripadamu dan Dia mengetahui bahawa padamu ada kelemahan.

Jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang;

dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka akan mengalahkan dua ribu dengan izin Allah.

Dan Allah bersama orang-orang yang sabar.

67

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sehingga dia telah melakukan serangan yang hebat di bumi.

Kamu menghendaki kesenangan dunia sedang Allah menghendaki Akhirat.

Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

68Sekiranya tidak kerana suatu ketetapan dari Allah yang telah terdahulu, nescaya kamu telah ditimpa azab yang besar disebabkan apa yang telah kamu ambil itu. 69

Oleh itu, makanlah dari apa yang kamu perolehi sebagai rampasan perang yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

70

Wahai Nabi! Katakanlah kepada tawanan-tawanan yang ada di tanganmu: "Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hati kamu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik daripada apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu.

Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."

71

Dan jika mereka bermaksud untuk mengkhianatimu, sesungguhnya mereka telah mengkhianati Allah sebelum ini, lalu Dia menjadikan (kamu) berkuasa ke atas mereka.

Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

72

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah, dan orang-orang yang memberi tempat kediaman dan pertolongan, mereka itu sebahagian mereka adalah pelindung bagi sebahagian yang lain.

Dan orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah, tiada bagi kamu sesuatu pun dari perlindungan mereka sehingga mereka berhijrah.

Dan jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam Deen, menjadi kewajipan ke atas kamu memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang antara kamu dan antara mereka ada perjanjian.

Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

73

Dan orang-orang yang ingkar itu sebahagian mereka adalah pelindung bagi sebahagian yang lain.

Jika kamu tidak melaksanakannya, nescaya akan berlaku fitnah di bumi dan kerosakan yang besar.

74

Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah,

dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan,

mereka itulah yang benar-benar beriman.

Bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia.

75

Dan mereka yang beriman sesudah itu dan berhijrah serta berjihad bersamamu, mereka itu adalah dari golongan kamu.

Dan mereka yang mempunyai hubungan kerabat itu sebahagian mereka lebih berhak terhadap sebahagian yang lain dalam Kitab Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.