Yang mendirikan perhubungan (solat) dan memberi Zakat* dan yakin dengan akhirat.
📝(Ayat 4) 🏷️ (#solat)🏷️ (#zakat) 5Mereka itulah yang berada di atas garis panduan dari Tuhan Penjaga mereka, dan mereka itulah yang berjaya. 6Dan dari kalangan manusia, ada yang mempercayai hadith-hadith (kata-kata) yang:
- tak berfaedah,
- tanpa ilmu yang benar,
- mengambil ayat-ayat Allah sebagai bahan jenaka,
- yang direka untuk menyesatkan dari jalan Allah.
Bagi mereka percayai hadith-hadith itu ialah azab yang menghinakan.
Dan bila ayat-ayat Kami diberitahu kepada manusia jenis begitu, dia berpaling, dengan penuh kesombongan; dia buat seolah-olah tak dengar dan seolah-olah pakai penutup telinga. Tolong beritahu kepadanya bahawa ada azab yang sangat pedih menunggu dia.
8Sesungguhnya mereka yang beriman dan mengamalkan perlakuan yang baik, bagi mereka ini taman yang tenang (Jannatu Na'im). 9Mereka berada di dalamnya selama-lamanya. Janji Allah adalah benar dan Dia Maha Kuat (Al-Aziz) dan Maha Bijaksana (Al-Hakim). 🏷️ (#al-aziz)🏷️ (#al-hakim) 10Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu boleh lihat, dan Dia meletakkan di bumi gunung-ganang supaya ia tidak bergempa-bumi bersama kamu, dan Dia menyebarkan di dalamnya segala jenis makhluk yang bergerak. Dan Kami menurunkan air dari langit, lalu Kami menumbuhkan di dalamnya setiap pasangan yang mulia. 11Inilah ciptaan Allah; tunjukkanlah kepadaKu apa yang telah dicipta oleh mereka selain daripada-Nya. Bahkan orang-orang yang zalim itu berada dalam kesesatan yang nyata. 12Dan sesungguhnya Kami telah memberikan hikmah (kebijaksanaan) kepada Luqman: “Bersyukurlah kepada Allah. Dan sesiapa yang bersyukur, dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan sesiapa yang kufur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
📝(Ayat 12) 13Dan ketika Luqman sedang menasihati anaknya, dia berkata: “Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya syirik itu benar-benar satu kesalahan yang amat besar.” 🏷️ (#shirik) 14Dan Kami telah pesan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan kelemahan di atas kelemahan, dan penyusuannya adalah dalam dua tahun. Kami berkata: “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; kepada-Ku tempat kembali.” 15Dan jika mereka berdua berusaha memaksa kamu supaya mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang kamu tidak mempunyai ilmu tentangnya, janganlah kamu taati mereka. Tetapi bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik di dunia, dan ikutilah jalan orang yang tunduk kepada-Ku. Kemudian kepada-Ku tempat kembali kamu semua, lalu Aku akan memberitahu kamu tentang apa yang kamu telah lakukan. 16Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu seberat biji sawi, berada di dalam batu, atau di langit, atau di bumi, Allah akan munculkannya. Sesungguhnya Allah Maha Halus (Latifun) lagi Maha Mengetahui (Khobirun).
📝(Ayat 16) 🏷️ (#al-latif)🏷️ (#al-khobir) 17Wahai anakku, dirikanlah perhubungan (solat), suruhlah kepada yang kebaikan, cegahlah daripada perkara buruk, dan bersabarlah atas apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang asas dan teguh yang mesti dipegang kuat.
📝(Ayat 17) 🏷️ (#solat) 18Dan janganlah kamu memalingkan pipimu daripada manusia (dengan sombong), dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan berlagak. Sesungguhnya Allah tidak menyukai setiap orang yang berpura-pura hebat dan meninggikan diri. 📝(Ayat 18) 19Dan bersederhanalah kelajuan perjalananmu, dan rendahkanlah suaramu; sesungguhnya seburuk-buruk bunyi ialah bunyi keldai. 📝(Ayat 19) 20Tidakkah kamu melihat bahawa Allah telah menundukkan untuk kamu apa yang ada di langit dan di bumi, dan melimpahkan kepada kamu nikmat-Nya yang nyata dan yang tersembunyi? Namun ada di antara manusia yang membantah tentang Allah:
- tanpa ilmu dan,
- tanpa petunjuk hidayah dan
- tanpa kitab bercahaya menyuluh.