Al-Anbiya' (21)

20px
1.8
1Masa untuk manusia dihisab dah makin dekat, tapi mereka masih berpaling (tidak percaya), tak ambil kisah. 2Setiap kali peringatan baru datang dari Tuhan Penjaga mereka, mereka dengar sambil main-main... 3...Hati mereka leka. Orang zalim pun berbisik sesama sendiri, 'Dia ni manusia biasa macam kita je. Dia buat sihir, kamu semua nak percaya walaupun kami semua lihat itu bukan sihir?' 4Katakan, 'Tuhan Penjaga aku tahu semua yang dikata di langit dan bumi. Dia Maha Mendengar dan Maha Tahu.' 5Mereka kata, 'Itu cuma mimpi-mimpi dia je!' Ada yang kata, 'Dia reka sendiri.' Ada pula yang kata, 'Dia cuma penyair.' Maka biarlah dia bawakan kita satu ayat (tanda), seperti yang pernah dihantarkan kepada orangΒ² dahulu.' 6Sebelum mereka, dah ramai kaum yang Kami binasakan, tapi adakah mereka percaya? 7Dan sebelum kamu, kami hanya utuskan lelaki yang Kami beri wahyu. Jadi tanyalah ahli peringatan (Al-Zikri) kalau kamu semua tak tahu. 8Kami jadikan badan mereka mesti perlukan makanan, dan mereka pun bukan kekal selamanya, tentu akan mati. 9Kemudian Kami tunaikan janji Kami pada mereka - Kami selamatkan mereka dan siapa yang Kami kehendaki, dan Kami binasakan orang yang melampau. 10Kami dah turunkan kepada kamu semua satu Kitab yang ada peringatan yang sebut kamu semua di dalamnya. Kenapa kamu tak gunakan akal untuk berfikir? 11Berapa banyak negeri yang zalim Kami dah hancurkan, dan lepas tu Kami bangunkan kaum lain menggantikan mereka. 12Bila mereka rasa azab Kami datang, mereka terus lari keluar dari negeri tu. 13(Dikatakan pada mereka,) 'Jangan lari! Baliklah ke rumah dan kemewahan kamu - supaya kamu rasa sendiri pembalasan tu.' 14Mereka pun cakap, 'Celaka kita! Memang kita yang salah.' 15Jeritan mereka berterusan sampai Kami buat mereka musnah rata dan pupus - tak ada suara pun yang tinggal. 16Dan bukan untuk main-main Kami ciptakan langit dan bumi, dan semua yang ada di antara keduanya. 17Kalau Kami nak cari hiburan pun, tentu Kami buat dari sisi Kami sendiri - kalau betullah Kami nak cari. 18Kami lontarkan yang kebenaran pada kepalsuan (kebatilan), lalu yang kepalsuan pun hancur. Celakalah kamu sebab semua yang kamu reka atas nama Allah. 19Segala yang ada di langit dan bumi milik-Nya. Siapa yang dekat dengan-Nya takkan angkuh untuk perkihidmatannya, dan mereka tak pernah letih. 20Mereka bertasbih siang dan malam dengan sempurna. 21Atau mereka ambil tuhan lain dari bumi dan mereka boleh hidupkan yang mati? 22Kalau ada banyak tuhan selain Allah pada kedua-duanya, tentu dua-duanya dah rosak. Maha Agung Allah Pemilik Arasy (rangka kerja, sistem) daripada apa yang mereka sifatkan kepadaNya secara palsu. 23Dia takkan ditanya tentang apa yang Dia buat, tapi merekalah yang akan ditanya. 24Mereka ambil tuhan selain Dia? Katakan, 'Bawalah bukti kamu.' Ini peringatan untuk sesiapa ada dengan saya dan yang sebelum saya. Tapi kebanyakan mereka tak kenal kebenaran, lalu mereka menolaknya. 25Kami hanya utus rasul sebelum kau, diwahyukan padanya mesej: Tiada tuhan melainkan Aku, maka berkhidmatlah untuk Aku. 26Mereka kata, 'Tuhan Yang Maha Pemurah ada anak.' Maha Suci Dia! Bukan anak tetapi itu hamba yang dimuliakan. 27Mereka tak pernah buat sebelum arahan diberi, dan mereka buat apa saja yang Dia perintah. 28Dia tahu apa yang ada di depan dan di belakang mereka, dan mereka tak boleh tolong sesiapa kecuali yang Dia redha dan berkenan. Mereka sendiri takut pada-Nya kerana rasa hormat yang dalam. 29Siapa di antara mereka yang kata ada tuhan lain selain Dia, Kami akan balas dengan neraka. Begitulah Kami hukum orang zalim. 30Orang yang tak percaya tu tak nampakkah bahawa langit dan bumi dulu satu, lalu Kami pisahkan keduanya? Kami jadikan dari air setiap benda hidup. Kenapa mereka masih tak percaya? 31Kami letakkan gunung di bumi supaya tak bergoncang, dan Kami jadikan di sana jalan-jalan supaya mereka dapat cari arah. 32Kami jadikan langit sebagai bumbung yang melindung, tapi mereka berpaling dari tanda-tanda itu (tidak percaya). 33Dialah yang cipta malam dan siang, matahari dan bulan - masing-masing dalam haluannya berenang. 34Kami tak beri keabadian kepada mana-mana manusia sebelum kau. Jadi kalau kau mati, adakah mereka akan kekal hidup? 35Setiap jiwa akan rasa mati. Kami uji kamu semua dengan buruk dan baik sebagai cubaan, dan kepada Kami kamu semua akan dikembalikan. 36Bila orang kafir nampak kau, mereka cuma buat bahan lawak. Mereka kata, 'Itu ke orang yang cakap pasal tuhan-tuhan kita?' Padahal mereka sendiri tak percaya pada Tuhan Yang Maha Pemurah. 37Manusia memang dicipta dengan sifat gopoh. Aku akan tunjukkan pada kamu tanda-tanda Aku, jadi jangan minta cepat. 38Mereka tanya, 'Bila azab tu nak datang, kalau betul kamu bercakap benar?' 39Kalau orang kafir tu tahu, masa mereka tak boleh lindung muka dan belakang mereka dari api, dan tak ada siapa pun boleh tolong mereka - tentu mereka takkan minta cepat. 40Sebenarnya azab tu datang pada mereka tiba-tiba, tanpa mereka sedar. Lalu mereka tak mampu halang dan tak diberi tangguh. 41Rasul-rasul sebelum kau pun dah diejek, tapi orang yang ejek tu akhirnya kena azab yang mereka perlekehkan. 42Katakan, 'Siapa yang boleh lindungi kamu siang dan malam daripada Tuhan Yang Maha Pemurah?' Tapi mereka berpaling dari mengingati Tuhan Penjaga mereka. 43Atau ada tuhan lain yang boleh lindungi mereka selain Kami? Tuhan-tuhan tu tak mampu tolong diri sendiri, dan tuhan-tuhan itu takkan selamat bila dihadapkan kepada Kami. 44Kami bagi mereka dan nenek moyang mereka hidup senang lama, sampai mereka rasa yakin takkan ditimpa apa-apa. Padahal Kami kurangkan kekuatan mereka sikit demi sikit dari segala arah. Masihkah mereka tak nampak? 45Katakan, 'Aku cuma beri amaran kepada kamu menggunakan wahyu.' Tapi orang tuli (pekak) bila diperingatkan, takkan dengar panggilan walaupun bahaya dah dekat. 46Kalau sedikit saja azab Tuhan Penjaga kamu kena pada mereka, tentu mereka akan cakap, 'Celaka kami, kami memang zalim!' 47Kami akan letak timbangan yang adil pada Hari Kiamat, tak ada satu pun yang akan teraniaya. Walaupun sebesar biji sawi, Kami akan bawa ia keluar. Cukuplah Kami sebagai pengira. 48Kami dah beri Musa dan Harun Al-Furqan iaitu pembeza antara kebenaran dan kebatilan; Al-Furqan itu jadi cahaya dan peringatan (zikran) untuk orang bertaqwa. 49Iaitu orang yang takut pada Tuhan Penjaga mereka walau tak nampak, dan mereka risau tentang Hari Akhirat. 50Dan ini (Quran) peringatan yang penuh berkat yang Kami turunkan. Adakah kamu nak tolaknya? 51Dan Kami dah beri Ibrahim kebijaksanaan sejak awal lagi, dan Kami tahu betul siapa dia. 52Dia cakap pada bapanya dan kaumnya, 'Patung-patung apa ni yang kamu semua sembah?' 53Mereka jawab, 'Kami ikut je cara nenek moyang kami.' 54Dia kata, 'Kamu dan nenek moyang kamu semua dah sesat jauh.' 55Mereka tanya, 'Kau datang bawa kebenaran ni sungguh-sungguh ke, atau kau main-main je?' 56Dia jawab, 'Tak, Tuhan kamu ialah Tuhan langit dan bumi β€” Dia yang cipta semua tu, dan aku saksi atas hal ni.' 57Demi Allah, aku akan buat rancangan terhadap patung-patung kamu bila kamu semua pergi jauh.' 58Dia pun pecahkan semua patung tu, kecuali yang paling besar, supaya mereka rujuk padanya. 59Mereka tanya, 'Siapa yang buat benda ni pada tuhan-tuhan kami? Memang dia itu jahat (zalim) betul.' 60Ada orang jawab, 'Kami dengar seorang budak sebut pasal ni β€” namanya Ibrahim.' 61Mereka kata, 'Bawa dia ke depan orang ramai, biar semua tengok dan dengar.' 62Mereka tanya, 'Adakah kau yang buat ni pada tuhan-tuhan kami, Ibrahim?' 63Dia jawab, 'Patung besar tu yang buat. Tanya lah dia kalau betul dia boleh bercakap.' 64Mereka pun sedar dan cakap sesama sendiri, 'Kita ni sebenarnya yang salah.' 65Tapi lepas tu mereka terbalik semula, 'Kau tahu patung tu tak boleh bercakap!' 66Ibrahim kata, 'Kamu berkhidmat untuk sesuatu selain Allah, yang langsung tak boleh tolong kamu dan tak boleh hukum kamu pun?' 67'Celaka pada kamu semua dan pada apa kamu semua beri khidmat selain Allah! Kenapa tak guna otak berfikir?' 68Mereka kata, 'Bakar dia dan pertahankan tuhan-tuhan kamu kalau betul kamu nak buat sesuatu.' 69Kami cakap, 'Wahai api, jadilah sejuk dan selamat untuk Ibrahim.' 70Mereka cuba buat jahat pada dia, tapi Kami jadikan mereka orang yang paling rugi. 71Kami selamatkan dia dan Lut ke negeri yang Kami berkati di dalamnya untuk seluruh alam. 72Kami kurniakan kepadanya Ishaq, dan Yaakub sebagai tambahan, dan mereka semua Kami jadikan orang yang baik (soleh). 73Kami jadikan mereka pemimpin yang membimbing melalui perintah Kami. Kami wahyukan kepada mereka supaya buat baik, dirikan solat, dan beri zakat. Dan mereka memang berkhidmat untuk Kami. 74Dan Lut β€” Kami beri dia hikmah (kebijaksanaan) dan ilmu, dan Kami selamatkan dia dari bandar yang buat kejahatan. Mereka memang kaum yang jahat dan melampau. 75Kami masukkan dia ke dalam rahmat Kami. Dia termasuk orang yang soleh. 76Dan Nuh β€” dulu dia meminta tolong dengan Kami, lalu Kami perkenankan dan selamatkan dia serta keluarganya dari bencana besar. 77Kami tolong dia lawan kaum yang menolak ayat Kami. Mereka memang jahat. Kami lemaskan mereka semua. 78Dan Daud serta Sulaiman β€” masa mereka menghakimi kes tentang ladang yang mana kambing orang lain masuk dan meragut. Kami saksikan keputusan mereka. 79Kami beri kefahaman kepada Sulaiman, dan kepada kedua-duanya Kami beri hikmah dan ilmu. Kami tundukkan gunung dan burung bertasbih bersama Daud. Semuanya buat begitu dengan izin Kami. 80Kami ajar dia buat baju besi untuk lindungi kamu dalam perang. Adakah kamu nak bersyukur? 81Dan kepada Sulaiman, Kami tundukkan angin yang bertiup kencang ke tanah yang Kami berkati. Kami tahu semua perkara. 82Dan sebahagian syaitan menyelam laut untuknya, dan buat kerja lain, dan Kami Penjaga mereka. 83Dan Ayub β€” masa dia memanggil kepada Tuhan Penjaganya, 'Aku ditimpa kesusahan, dan Engkau paling penyayang dari semua yang penyayang.' 84Kami pun perkenankan doa dia, hilangkan kesusahannya, dan Kami pulangkan keluarganya dan sesuatu yg setimpalnya sebagai rahmat dan peringatan bagi orang yang berkhidmat untuk Kami. 85Dan Ismail, Idris, dan Zulkifli β€” semuanya termasuk orang yang sabar. 86Kami masukkan mereka ke dalam rahmat Kami. Mereka memang orang yang soleh dan baik. 87Dan Zun Nun (Yunus) β€” masa dia pergi dalam keadaan marah dan fikir Kami tak akan jatuhkan takdir (hukuman) ke atas dia. Lalu dia berseru dalam kegelapan, 'Tak ada tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Aku memang orang yang zalim.' 88Kami perkenankan doanya dan selamatkan dia dari kesusahan. Begitulah Kami selamatkan orang yang beriman. 89Dan Zakaria β€” masa dia berseru, 'Tuhan Penjaga, jangan biarkan aku tanpa zuriat, Engkau sebaik-baik pewaris.' 90Kami perkenankan doanya, Kami beri dia Yahya, dan Kami jadikan isterinya subur. Mereka ni jenis yang cepat buat benda baik dan jenis berdoa kepada Kami dengan penuh harapan dan takut pada dosa mereka sendiri, dan mereka tunduk sepenuhnya dengan rendah diri pada Kami. 91Dan perempuan yang jaga kehormatannya β€” Kami tiupkan ke dalamnya roh dari Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya satu tanda untuk seluruh alam. 92Sesungguhnya umat kamu ini satu umat sahaja, dan Aku Tuhan kamu β€” maka berkhidmat lah untuk Aku. 93Tapi mereka berpecah-belah dalam urusan mereka, dan semua akan kembali kepada Kami. 94Siapa yang buat baik, dan dia mukmin (beriman), maka Kami tak akan tolak usahanya. Kami catat semuanya untuknya. 95Dilarang bagi mana-mana negeri yang dah Kami binasakan untuk kembali lagi ke dunia. 96Sampai bila Ya'juj dan Ma'juj dibuka, dan mereka turun dari setiap tempat tinggi dengan cepat. 97Janji benar dah dekat. Mata orang kafir terbeliak, 'Celaka kami, kami dulu lalai, malah kami memang orang yang zalim.' 98Kamu dan apa yang kamu abdikan diri (khidmat) selain Allah jadi bahan bakar neraka. Kamu semua akan masuk ke dalamnya. 99Kalau benda yang kamu khidmat itu betul-betul berkuasa tuhan, tentu mereka takkan masuk neraka. Tapi semuanya kekal di dalamnya. 100Mereka di situ asyik mengeluh kesusahan, tapi tak akan dengar apa-apa pun. 101Tapi orang yang berbuat baik berpada-pada, Kami dah janjikan kebaikan dan mereka jauh dari jahannam. 102Mereka takkan dengar sedikit pun bunyi jahanam itu, dan mereka dalam nikmat apa-apa yang jiwa mereka inginkan, untuk selama-lamanya. 103Ketakutan besar Hari itu takkan menakutkan mereka, dan para malaikat akan sambut mereka, 'Inilah hari yang dijanjikan kepada kamu.' 104Hari Kami gulung langit macam gulung sijil. Macam Kami mula ciptaan pertama, macam tu juga Kami ulanginya. Itu janji Kami, dan Kami pasti tunaikan. 105Kami dah tulis dalam Al-Zaburi (wahyu dulu) selepas Al-Zikri (peringatan), bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang baik. 106Dalam semua ni ada notifikasi untuk orang yang berkhidmat untuk Allah. 107Kami tak utus kau melainkan sebagai rahmat untuk seluruh alam. 108Katakan, 'Wahyu yang diilhamkan kepadaku ialah bahawa Tuhan kamu semua adalah Tuhan yang Satu, maka adakah kamu nak tunduk akur kepada-Nya (sebagai muslimun)?' 109Kalau mereka berpaling, katakan, 'Aku dah maklumkan dengan sempurna kepada kamu semua. Aku tak tahu bila janji yang kamu diancam tu akan berlaku.' 110Dia tahu apa yang kamu isytiharkan dan apa yang kamu sembunyikan. 111Dan aku tak tahu samada ia mungkin satu ujian untuk kamu dan satu nikmat sementara.' 112Dia kata, 'Tuhan Penjaga, hukumlah dengan keadilan. Tuhan Penjaga dan Penyayang, Dia lah tempat kami semua mohon pertolongan terhadap apa yang mereka bohongiNya.'