Maryam (19)

20px
1.8
1Kaf, Ha, Ya, Ain, Sad. 2Ini kisah rahmat Tuhan Penjaga kamu kepada hamba-Nya, Zakaria. 🏷️ (#robb) 3Bila dia panggil Tuhan Penjaga-nya dengan suara yang perlahan, lembut. 4Dia berkata, “Tuhan Penjaga-ku, tulang aku dah lemah, kepala pun dah penuh uban, tapi aku tak pernah kecewa bila berdoa kepada-Mu.” 5“Dan aku risau tentang orang² selepas aku, sebab isteriku mandul. Maka berilah aku seorang waris dari sisi-Mu.” 6“Yang akan mewarisi aku dan juga mewarisi keluarga Yaakub, dan jadikan dia orang yang Tuhan Penjaga perkenan.” 7“Wahai Zakaria, sesungguhnya Kami beri kamu berita gembira tentang seorang anak bernama Yahya. Kami tak pernah bagi nama tu pada sesiapa pun sebelum dia.” 8Dia berkata, “Tuhan Penjaga-ku, macam mana aku boleh dapat anak, sedangkan isteriku mandul dan aku sendiri dah tua benar?” 9Dia menjawab, “Begitulah. Tuhan Penjaga kamu berkata, itu mudah bagi-Ku. Aku dah cipta kamu sebelum ni, padahal kamu pun belum ada apa².” 10Zakaria berkata, “Tuhan Penjaga-ku, berilah aku satu tanda nanti” Dia berkata, “Tanda kamu ialah kamu takkan boleh bercakap dengan manusia selama tiga malam, walau kamu sihat.” 11Maka dia pun keluar kepada kaumnya dari tempat ibadah, dan dia isyarat kepada mereka supaya bertasbih (sebut sambil memuji) pagi dan petang. 12“Wahai Yahya, ambillah Kitab ni dengan bersungguh.” Dan Kami beri dia kebijaksanaan sejak kecil. 13Dan kasih sayang dari Kami dan hati yang bersih, dan dia orang yang bertaqwa. 14Dan dia taat kepada ibu bapanya, dan tak sombong, tak derhaka. 15Kesejahteraan ke atas dia pada hari dia dilahirkan, pada hari dia mati, dan pada hari dia dibangkitkan hidup semula. 16Dan ingat kisah Maryam dalam Kitab, bila dia berpisah dari keluarganya ke satu tempat di sebelah timur. 17Lalu dia pasang tirai untuk asingkan diri dari mereka, lalu Kami utus roh Kami kepadanya, dan dia muncul di hadapannya dalam bentuk manusia sempurna. 18Maryam berkata, “Aku berlindung kepada Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah darimu, kalau kamu orang yang bertaqwa.” 19Dia berkata, “Aku hanyalah utusan Tuhan Penjaga kamu, untuk beri kamu seorang anak lelaki yang suci.” 20Maryam berkata, “Macam mana aku boleh dapat anak, sedangkan tak pernah seorang lelaki pun sentuh aku, dan aku bukan pula perempuan jahat?” 21Dia berkata, “Begitulah. Tuhan Penjaga kamu berkata, itu mudah bagi-Ku. Kami nak jadikannya tanda bagi manusia, dan rahmat dari Kami. Perkara tu dah ditetapkan.” 22Maka dia pun mengandungnya, lalu dia pergi jauh ke tempat yang terpencil. 23Rasa sakit nak beranak pun datang, sampai dia bersandar pada pangkal pokok tamar. Dia berkata, “Alangkah baiknya kalau aku mati dulu, sebelum semua ni, dan aku jadi sesuatu yang dilupakan.” 24Lalu terdengar suara dari bawahnya, “Jangan sedih. Tuhan Penjaga kamu dah jadikan anak sungai di bawah kamu.” 25“Dan goncangkan batang pokok tamar tu ke arah kamu, nanti gugur buah tamar yang masak.” 26“Makanlah, minumlah, dan tenangkan hati. Kalau kamu nampak mana² manusia, katakan, ‘Aku dah nazar (janji) untuk diam kerana Tuhan Penjaga, jadi hari ni aku takkan bercakap dengan sesiapa.’” 27Lalu dia bawa bayi tu kepada kaumnya, mereka pun berkata, “Wahai Maryam, kamu dah buat benda yang pelik!” 28“Wahai saudara perempuan Harun, ayah kamu bukan orang jahat, dan ibu kamu pun bukan perempuan tak baik!” 29Maka Maryam pun tunjuk kepada bayi tu. Mereka berkata, “Macam mana kami nak bercakap dengan bayi dalam buaian?” 30Dia (bayi) berkata, “Sesungguhnya aku hamba Allah. Dia bagi aku Kitab, dan jadikan aku nabi.” 31

perhubungan (solat)“Dan Dia jadikan aku penuh berkat di mana saja aku berada, dan Dia perintahkan aku untuk berhubung komunikasi (solat) dan zakat selama aku hidup.”

32“Dan berbuat baik kepada ibuku, dan Dia tak jadikan aku sombong atau derhaka.” 33“Kesejahteraan ke atas aku pada hari aku dilahirkan, pada hari aku mati, dan pada hari aku dibangkitkan hidup semula.” 34Itulah Isa anak Maryam, kata² yang benar, yang mereka ragukan. 35Tidak patut bagi Allah untuk ambil anak. Maha Suci Dia! Bila Dia tetapkan sesuatu, Dia hanya berkata “Jadi,” maka jadilah. 36Dan sesungguhnya Allah Tuhan aku dan Tuhan kamu semua, maka berkhidmatlah kepada-Nya. Inilah jalan yang lurus. 37Tapi golongan² selepas itu berselisih sesama mereka, maka celakalah orang² yang kufur bila hari besar itu tiba. 38Alangkah jelasnya pendengaran dan penglihatan mereka pada hari mereka datang kepada Kami, tapi orang² jahat hari ni berada dalam kesesatan yang nyata. 39Dan beri mereka amaran tentang hari penyesalan, bila perkara dah diputuskan, tapi mereka masih lalai dan tak percaya. 40Sesungguhnya Kamilah yang akan warisi bumi dan semua yang ada di atasnya, dan kepada Kami mereka semua akan kembali. 41Dan ingat dalam Kitab tentang Ibrahim. Sesungguhnya dia orang yang bercakap benar dan nabi. 42Bila dia berkata kepada ayahnya, “Wahai ayahku, kenapa kamu sembah benda yang tak dengar, tak nampak, dan tak boleh tolong kamu sedikit pun?” 43“Wahai ayahku, sesungguhnya aku dapat ilmu yang tak sampai kepada kamu. Ikutlah aku, aku akan tunjuk jalan yang lurus.” 44“Wahai ayahku, jangan ikut syaitan. Sesungguhnya syaitan derhaka (angkuh) kepada Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah.” 45“Wahai ayahku, aku takut nanti kamu kena azab dari Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah, lalu kamu jadi kawan kepada syaitan.” 46Dia berkata, “Adakah kamu benci kepada tuhan² aku, wahai Ibrahim? Kalau kamu tak berhenti, aku akan rejam kamu, dan jauhkan diri dariku buat sementara.” 47Ibrahim berkata, “Kesejahteraan ke atas kamu. Aku akan mohon ampun untuk kamu kepada Tuhan Penjaga-ku. Dia sangat baik kepada aku.” 48“Dan aku akan berpisah dengan kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhan Penjaga-ku. Mudah-mudahan aku tak kecewa bila berdoa kepada Tuhanku.” 49Maka bila dia berpisah dari mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, Kami kurniakan kepadanya Ishaq dan Yaakub, dan Kami jadikan masing² nabi. 50Dan Kami kurniakan mereka rahmat dari Kami, dan Kami tinggikan sebutan mereka dengan kebaikan yang tinggi. 51Dan ingat dalam Kitab tentang Musa. Sesungguhnya dia telah disucikan, dan dia seorang rasul serta nabi. 52Dan Kami panggil dia dari sebelah kanan gunung Tur, dan Kami bawa dia dekat untuk perbincangan. 53Dan Kami beri dia, dari rahmat Kami, saudaranya Harun sebagai nabi. 54Dan ingat dalam Kitab tentang Ismail. Sesungguhnya dia berpegang benar pada janjinya, dan dia seorang rasul serta nabi. 55

Dan dia suruh keluarganya untuk berhubung komunikasi (solat) dan zakat (membersih), dan dia diperkenan oleh Tuhan Penjaganya.

56Dan ingat dalam Kitab tentang Idris. Sesungguhnya dia orang yang berkata benar dan seorang nabi. 57Dan Kami angkat dia ke tempat yang tinggi. 58Mereka itulah orang² yang Allah beri nikmat daripada kalangan nabi², keturunan Adam, dan dari orang² yang Kami bawa bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang² yang Kami pilih and beri petunjuk. Bila ayat² Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka sujud sambil menangis (penuh faham dan penghayatan). 59

Kemudian datang selepas mereka generasi-generasi yang sia-siakan perhubungan komunikasi (solat), dan ikut hawa nafsu. Mereka akan temui balasan mereka.

60Kecuali orang² yang bertaubat, beriman, dan buat baik — mereka tu akan masuk ke taman², dan takkan dizalimi sedikit pun. 61Taman² Adnin yang ghoib, yang Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah janjikan kepada hamba²-Nya. Janji-Nya pasti akan datang. 62Mereka tak dengar sebarang percakapan yang buang masa di dalamnya, kecuali salam, dan bagi mereka rezeki pagi dan petang. 63Itulah taman yang Kami wariskan kepada hamba² Kami yang bertaqwa. 64Dan kami (malaikat) tak turun kecuali dengan perintah Tuhan Penjaga kamu. Milik-Nya segala yang di depan kami, di belakang kami, dan di antara keduanya. Dan Tuhan Penjaga kamu tak pernah lupa. 65Tuhan langit dan bumi dan apa yang di antaranya. Maka berkhidmatlah kepada-Nya dan bersabarlah dalam khidmat kepada-Nya. Adakah kamu tahu sesiapa yang sebanding dengan-Nya? 66Dan manusia berkata, “Bila aku dah mati, adakah aku akan dihidupkan semula?” 67Apakah manusia lupa bahawa Kami ciptakan dia sebelum ni, padahal dia belum wujud sebagai apa² pun? 68Maka demi Tuhan Penjaga kamu, Kami pasti akan kumpulkan mereka dan syaitan², kemudian Kami akan hadirkan mereka di sekeliling neraka dengan berlutut. 69Kemudian Kami akan pilih dari tiap sekta (kumpulan, mazhab) siapa antara mereka yang paling keras menentang Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah. 70Dan Kami paling tahu siapa yang paling layak masuk ke dalamnya. 71Dan tak ada seorang pun di antara kamu semua melainkan akan melaluinya. Itu satu ketetapan yang pasti dari Tuhan Penjaga kamu. 72Kemudian Kami akan selamatkan orang² yang bertaqwa, dan Kami biarkan orang² yang jahat berlutut di dalamnya. 73Dan bila ayat² Kami dibacakan kepada mereka dengan jelas, orang² yang kufur berkata kepada orang² yang beriman, “Kumpulan mana yang lebih baik kedudukan dan lebih indah perhimpunannya?” 74Berapa banyak umat sebelum mereka yang Kami dah binasakan, lebih hebat harta dan pengaruhnya! 75Katakan, “Siapa yang berada dalam kesesatan, biarlah Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah panjangkan untuk mereka masa. Sampai bila mereka nampak apa yang dijanjikan — sama ada azab atau hari kiamat — maka mereka akan tahu siapa yang lebih lemah pertolongan dan lebih sedikit jumlahnya.” 76Dan Allah akan tambahkan petunjuk kepada orang² yang dapat petunjuk, dan amalan baik yang kekal lebih baik di sisi Tuhan Penjaga kamu sebagai ganjaran dan lebih baik untuk kembali. 77Apakah kamu nampak orang yang kufur kepada ayat² Kami, dan berkata, “Aku pasti akan diberi harta dan anak.” 78Adakah dia tahu perkara ghaib, atau dia dah buat perjanjian dengan Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah? 79Tidak, Kami akan tulis apa yang dia katakan, dan Kami akan panjangkan azab untuknya. 80Dan Kami akan warisi apa yang dia sebut — dan dia akan datang kepada Kami seorang diri. 81Dan mereka ambil selain Allah sebagai tuhan² palsu untuk dapatkan kemuliaan. 82Tidak, tuhan² palsu itu nanti akan menolak perkhidmatan dan penyembahan mereka, dan akan jadi musuh kepada mereka. 83Tidakkah kamu nampak bahawa Kami utus syaitan² kepada orang² yang kufur (enggan akur) untuk dorong mereka dengan dorongan yang kuat? 84Maka jangan tergesa-gesa terhadap mereka. Kami hanya kira hari² mereka dengan kiraan yang tepat. 85Pada hari Kami kumpulkan orang² yang bertaqwa kepada Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah sebagai rombongan yang dimuliakan. 86Dan Kami halau orang² jahat ke neraka Jahannam dalam keadaan dahaga. 87Mereka tak akan dapat pertolongan dari sesiapa pun, kecuali kalau ada sesiapa yang ada persetujuan awal dari Yang Maha Pemurah. 88Dan mereka berkata, “Yang Maha Pemurah ada anak.” 89Sungguh kamu dah cakap sesuatu yang sangat berat (penipuan). 90Langit hampir pecah kerana kata² itu, bumi pula hampir terbelah, dan gunung² hampir runtuh berkecai. 91Kerana mereka mendakwa Yang Maha Pemurah ada anak. 92Padahal tak layak bagi Yang Maha Pemurah untuk ambil anak. 93Tak ada seorang pun di langit dan bumi melainkan akan datang kepada Yang Maha Pemurah sebagai hamba. 94Dia dah jumlahkan pengiraan mereka, dan telah kira mereka satu maha pengiraan. 95Dan setiap mereka akan datang padaNya pada Hari Kiamat (Bangkit Semula) seorangan. 96Dan orang² yang beriman dan buat baik, Tuhan Penjaga yang Maha Pemurah akan beri mereka kasih. 97Maka Kami jadikan ia mudah dengan bahasa kamu, supaya kamu beri khabar gembira kepada orang² yang bertaqwa, dan beri amaran kepada kaum yang degil. 98Dan berapa banyak generasi sebelum mereka Kami dah binasakan — adakah kamu nampak seorang pun dari mereka, atau dengar suara mereka sedikit pun?