Al-Kahf (18)

20px
1.8
1Segala puji bagi Allah yang menurunkan Al-Kitab kepada hamba-Nya tanpa kebengkokan 2Lurus untuk memberi peringatan tentang azab kuat dari sisi-Nya dan membawa berita gembira bagi orang beriman yang beramal baik bahawa bagi mereka ganjaran baik 3Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya 4Dan memberi amaran kepada orang yang mengatakan bahawa Allah ada anak 5Mereka tiada ilmu tentang itu, dan tidak juga tradisi mereka. Dosa besar keluar dari mulut mereka mereka hanya berkata bohong. 6Adakah kamu akan sedih sampai hancur dirimu disebabkan tradisi mereka jika mereka tidak beriman pada hadith ini (Quran)? 7Sesungguhnya Kami jadikan segala apa di bumi sebagai hiasan estetik untuk uji siapa di antara mereka yang paling baik dalam kelakuan. 8Dan pastinya Kami akan jadikannya, dan segala apa di atasnya, sebagai tanah rata yang kosong. 9Ataupun kamu anggap kisah penghuni gua dan ar-Raqim sebagai sesuatu yang menakjubkan dari tanda-tanda Kami? 10Bila ketika dulu, pemuda² berundur ke gua lalu berkata: "Tuhan Penjaga kami, berikanlah kami belas kasihan dari sisi-Mu dan permudahkan urusan kami." 11Lalu Kami tutup telinga mereka dalam gua itu sebilangan tahun. 12Kemudian Kami bangkitkan mereka supaya Kami mengetahui kumpulan mana yang lebih tepat mengira tempoh masa mereka tinggal di situ. 13Kami ceritakan kepada kamu kisah mereka dengan kebenaran tulen. Memang mereka pemuda² yang dijamin dalam kepercayaan kepada Tuhan Penjaga mereka dan Kami tambahkan kepada mereka bimbingan petunjuk. 14Dan Kami teguhkan hati mereka bila mereka bangkit lalu berkata: "Tuhan Penjaga kami ialah Tuhan langit dan bumi. Kami tidak akan panggil tuhan selain Dia. Jika kami lakukan juga, maka kami sudah melampaui batas." 15"Kaum kita ini telah percaya kepada orang² yang mewakili Tuhan secara palsu tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dan siapa lagi lebih teruk daripada orang yang mereka-cipta pembohongan terhadap Allah." 16Dan bila kamu (semua) pisah dari mereka dan apa mereka patuh buta selain Allah, maka berlindunglah kamu (semua) ke gua itu. Tuhan Penjaga kamu (semua) akan curahkan belas kasihanNya bagi kamu (semua) dan sediakan untuk kamu (semua) kemudahan dalam urusan kamu (semua). 17Dan kamu lihat matahari bila naik sambil menjauh ke kanan dari gua mereka dan bila menurun menjauhi ke kiri dari mereka, sedang mereka berada di ruang terbuka gua. Itu antara tanda² Allah, sesiapa yang Allah beri petunjuk dialah mendapat bimbingan, dan sesiapa yang Dia biarkan sesat, kamu tidak akan jumpa pelindung yang memberi petunjuk arah baginya 18Dan kamu rasa macam mereka sedar tapi sebenarnya mereka tidur. Dan Kami bolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedangkan anjing mereka menjulurkan kedua-dua kakinya di pintu. Kalau kamu melihat mereka, kamu pasti akan berpusing lari penuhi rasa takut. 19Dan Kami bangkitkan mereka supaya mereka saling bertanya antara mereka. Salah seorang berkata: "Berapa lama kamu (semua) berada di sini?" Mereka jawab: "Kami berada sini sehari atau sebahagian dari sehari. Mereka berkata: "Tuhan Penjaga kamu lebih tahu berapa lama kamu tinggal di sini, maka hantarlah seorang dari kamu dengan wang perak ini ke kota, biarlah dia cari makanan yang bersih dan bawa untuk kamu (semua) rezeki darinya dan hendaklah dia berhati-hati dan jangan biarkan sesiapa tahu tentang kamu. 20Kalau mereka dapat tahu tentang kamu (semua), pasti mereka akan rejam kamu atau paksa kamu kembali kepada agama mereka. Jika itu terjadi, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya 21Begitulah Kami menyebabkan mereka ditemui orang lain, supaya mereka tahu janji Allah benar dan bahawa kiamat pasti datang tanpa ragu. Ketika mereka berselisih pendapat tentang urusan mereka, lalu mereka berkata: "Dirikan bangunan di atas mereka". Tuhan Penjaga mereka lebih tahu tentang mereka. Orang yang menang dalam perkara mereka berkata: "Kami akan bina atas mereka tempat sujud." 22Mereka akan berkata: "Tiga, yang keempat anjing mereka." Dan mereka berkata: "Lima, yang keenam anjing mereka." hanya meneka perkara ghaib. Dan mereka berkata: "Tujuh, yang kelapan anjing mereka." Katakan: "Tuhan Penjaga aku lebih tahu bilangan mereka." Hanya sedikit orang saja yang tahu tentang mereka maka jangan berbantah tentang mereka kecuali dengan hujah yang jelas dan jangan tanya sesiapa tentang mereka 23Dan jangan sekali-kali kamu berkata: "Aku akan buat itu esok." 24Kecuali jika kamu berkata: Jika Allah hendaki." Dan ingatlah Tuhan Penjaga kamu bila kamu lupa dan katakan: "Mudah-mudahan Tuhan Penjaga aku akan tunjukkan jalan yang lebih dekat kepada kebenaran daripada ini." 25Dan mereka tinggal dalam gua itu selama tiga ratus tahun, tambah sembilan lagi. 26Katakan: "Allah lebih tahu berapa lama mereka tinggal dalam gua itu". Bagi-Nya rahsia langit dan bumi, Dia melihatnya dengan jelas dan mendengar jelas. Tiada pelindung bagi mereka selain Dia dan Dia tidak mengambil sesiapa pun sebagai kongsi dalam hukumNya. 27Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu dari Kitab Tuhan Penjagamu. Tidak ada yang dapat mengubah kalimat-Nya dan kamu tidak akan dapat tempat berlindung selain Dia. 28Dan bersabarlah bersama orang² yang menyeru Tuhan Penjaga mereka, pagi dan petang, mencari keredaan-Nya. Dan jangan alihkan pandangan kamu dari mereka kerana menginginkan perhiasan estetik kehidupan dunia. Dan jangan ikut orang yang Kami lalaikan hatinya dari mengingat Kami dan dia menurut hawa nafsunya dan urusannya tidak terkawal (melampau batas). 29Dan katakan: "Al-Haq (kebenaran) itu datang dari Tuhan Penjaga kamu. Maka sesiapa yang mahu percaya biarlah dia percaya dan sesiapa yang mahu kufur (tidak percaya) biarlah dia kufur." Sememangnya Kami sediakan untuk orang zalim (jahat, tidak adil, tidak berperikemanusiaan) api yang mengelilingi mereka seperti dinding (benteng) dan jika mereka minta tolong, akan diberi air seperti logam cair yang membakar muka mereka. Buruk betul minuman itu dan tempat itu paling teruk. 30Sesungguhnya orang yang kukuh imannya dan beramal baik, Kami sentiasa mengira ganjaran orang yang berbuat baik. 31Mereka dihadiahkan taman² yang kekal, ada sungai di dalamnya. Mereka dihiasi gelang emas dan berpakaian hijau sutera, halus dan tebal, sambil bersandar di atas pelamin yang indah. Itulah sebaik-baik ganjaran dan tempat tinggal terbaik. 32Dan berikan kepada mereka cerita moral dua orang lelaki, Kami jadikan bagi salah seorang itu dua kebun anggur, dan Kami kelilingi keduanya dengan pokok kurma dan dalamnya Kami jadikan tanaman sayuran. 33Kedua-dua kebun itu (yang dimiliki satu orang itu) membuahkan hasil 100% dan Kami alirkan sungai di tengah². 34Dan dia dapat hasil yang besar lalu dia berkata kepada rakannya, sambil berbincang, "Aku lebih banyak harta dan lebih kuat pengikut." 35Dan dia masuk ke kebunnya, sambil menzalimi dirinya, dia berkata: "Aku tak rasa kebun ini akan binasa sampai bila²." 36"Dan aku tak rasa macam kiamat akan datang. Dan kalau pun aku dikembalikan kepada Tuhan Penjaga, aku pasti akan dapati tempat kembali (ganjaran) lebih baik dari kebun ini." 37Rakannya berkata kepadanya, semasa bersembang, "Adakah kamu kufur (enggan percaya) kepada Dia yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air, lalu membentuk kamu sebagai manusia?" 38"Tetapi bagi aku, Dia ialah Allah, Tuhan Penjaga aku, dan aku tidak akan samakan Tuhan Penjaga aku dengan sesiapa." 39"Sepatutnya bila kamu masuk ke kebun kamu itu, patutnya kamu berkata: 'Ini kehendak Allah, tidak ada kekuatan kecuali dengan Allah.' Walaupun kamu lihat aku kurang darimu dalam harta dan anak..." 40"... aku berharap Tuhan Penjaga aku akan beri kepadaku yang lebih baik dari kebunmu, dan kirimkan ke atas kebunmu bencana dari langit hingga menjadi tanah licin..." 41"... Atau airnya tenggelam ke dalam bumi, maka kamu tak akan dapat mencarinya lagi." 42Dan hasilnya pun musnah, lalu dia menyesal memikirkan tentang kos perbelanjaannya, sambil berkata, “Alangkah baiknya kalau aku tak sekutukan Tuhan Penjaga-ku dengan sesiapa pun.” 43Dan tiada kumpulan yang dapat menolongnya selain Allah, dan dia sendiri pun tak dapat menolong dirinya. 44Perlindungan sebenar hanya dari Allah, yang sebenar-benar Tuhan. Dia sebaik-baik memberi balasan dan sebaik-baik penentu urusan. 45Dan berilah perumpamaan tentang kehidupan dunia, seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuh dengan suburnya tanaman di bumi, kemudian menjadi kering ditiup angin. Allah berkuasa atas segala sesuatu. 46Harta dan anak hanyalah hiasan estetik kehidupan dunia, tapi yang kekal ialah amal baik yang lebih baik ganjarannya di sisi Tuhan Penjaga-mu dan lebih baik untuk diharapkan. 47Dan ingatlah hari Kami gerakkan gunung-gunung, dan kamu akan lihat bumi terbuka luas, dan Kami kumpulkan mereka tanpa tertinggal seorang pun. 48Dan mereka dibentangkan di hadapan Tuhan Penjaga-mu dalam barisan. Dikatakan kepada mereka, “Kamu (semua) datang kepada Kami sebagaimana Kami ciptakan kamu (semua) pertama kali, bahkan kamu (semua) sangka Kami tak akan menetapkan temujanji ini bagi kamu (semua).” 49Dan kitab (buku, dokumen) itu pun diletakkan, lalu kamu akan lihat orang jahat (mujrim) takut terhadap apa yang tertulis di dalamnya, mereka berkata, “Mati lah! Kitab ini semuanya tercatat, tak tertinggal sedikit pun, kecil atau besar.” Dan mereka nampak semua perbuatan mereka itu di hadapan mereka. Tuhan Penjaga-mu pasti adil kepada semua. 50Dan ingat ketika Kami berkata kepada malaikat, “Sujudlah (akur,hormat) kamu semua kepada Adam,” lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis. Dia dari golongan jin, lalu dia engkar terhadap perintah Tuhan Penjaga-nya. Apakah kamu mahu mengambil dia dan keturunannya sebagai pelindung selain Aku, padahal mereka musuh kamu? Buruk sekali pilihan itu bagi orang zalim (buat salah). 51Aku tidak jadikan mereka saksi yang lihat penciptaan langit dan bumi, dan tidak juga lihat penciptaan diri mereka sendiri, dan Aku tidak mengambil penyesat sebagai penolong. 52Dan ingat hari Allah berkata, “Panggillah mereka yang kamu anggap kongsi kuasa denganKu,” lalu mereka pun memanggil mereka, tapi mereka tak menjawab sedikit pun, dan Kami jadikan antara mereka jurang luas. 53Dan orang jahat akan lihat api neraka, dan mereka anggap akan jatuh ke dalamnya dan tak akan jumpa jalan keluar darinya. 54Dan Kami telah terangkan pelbagai perumpamaan untuk manusia, dalam Al-Quran ini, tapi manusia paling banyak suka membantah. 55Dan tiada apa yang menghalang manusia dari percaya bila petunjuk datang kepada mereka, dan memohon ampun kepada Tuhan Penjaga mereka, melainkan menunggu datangnya azab orang dulu² atau datangnya azab secara nyata di depan mata. 56Dan Kami cuma hantar rasul² sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, tapi orang yang kufur membantah dengan segala alasan tak masuk akal untuk menolak kebenaran, dan mereka jadikan ayat-ayat-Ku dan amaran-Ku bahan ejekan. 57Dan siapa lebih jahat dari orang yang diingatkan dengan ayat-ayat Tuhan Penjaga-nya, tapi dia berpaling (enggan percaya) dan lupa apa semua dosa yang dia lakukan? Sesungguhnya Kami jadikan penutup pada telinga dan hati mereka supaya tak memahaminya (ayat² Tuhan). Jika kamu ajak mereka ke arah jalan betul, mereka takkan dapat petunjuk selamanya. 58Dan Tuhan Penjaga-mu Maha Pengampun, penuh rahmat. Kalau Dia menghukum manusia kerana perbuatan mereka, pasti azab (hukuman) itu segera datang. Tapi bagi mereka ada waktu yang telah ditentukan, dan bila waktu itu sampai, mereka takkan dapat lari darinya. 59Dan kota-kota itu Kami binasakan bila penduduknya jahat (zalim), dan Kami tetapkan waktu tertentu untuk kebinasaan mereka. 60Dan ingat ketika Musa berkata kepada budakk suruhannya, “Kalau aku terpaksa jalan bertahun-tahun pun tak apa, aku tak akan berhenti sehingga aku jumpa tempat di mana dua lautan bertemu.” 61Bila mereka sampai ke tempat dua laut bertemu, mereka lupa ikan mereka. Ikan tu pun meluncur ke laut, buat jalan sendiri. 62Bila mereka terus berjalan, Musa pun berkata kepada budak suruhannya, “Bawakan kita makanan, kita dah letih betul dengan perjalanan ni.” 63Budak suruhannya pun berkata, “Tadi masa kita berhenti di batu besar tu, aku lupa pasal ikan tu. Syaitan yang buat aku lupa nak sebut. Ikan tu terus ambil jalan ke laut dengan cara yang pelik.” 64Musa berkata, “Itulah tempat yang kita cari!” Maka mereka pun berpatah balik ikut jejak langkah mereka. 65Lalu mereka jumpa seorang hamba dari hamba² Kami, yang Kami beri rahmat dari sisi Kami, dan Kami ajarkan dia ilmu dari sisi Kami. 66Musa berkata kepadanya, “Boleh aku ikut kamu, supaya kamu ajarkan aku sedikit dari ilmu yang kamu diajarkan?” 67Dia pun berkata, “Kamu takkan sabar bersama aku...” 68“...Macam mana kamu nak sabar dengan sesuatu yang kamu tak tahu?” 69Musa berkata, “InsyaAllah kamu akan dapati aku sabar, dan aku takkan lawan apa pun yang kamu ajar.” 70Dia pun berkata, “Kalau kamu ikut aku, jangan tanya apa-apa tentang sesuatu, sampai aku sendiri yang terangkan kepadamu.” 71Maka mereka pun berjalan, sampai bila mereka naik ke atas kapal, dia buat lubang pada kapal tu. Musa berkata, “Kenapa kamu rosakkan kapal ni, nak lemaskan orang² atasnya? Kamu dah buat benda yang pelik!” 72Dia pun berkata, “Bukankah aku dah cakap, kamu takkan sabar bersama aku?” 73Musa berkata, “Jangan hukum aku sebab lupa, dan jangan berkeras ke atasku dalam urusan ni.” 74Lalu mereka pun terus berjalan sampai jumpa seorang budak, dan dia pun bunuh budak tu. Musa berkata, “Kenapa kamu bunuh orang tak bersalah? Ini dah satu kesalahan besar!” 75Dia pun berkata, “Bukankah aku dah cakap, kamu memang takkan sabar bersama aku?” 76Musa berkata, “Kalau lepas ni aku tanya lagi pasal apa², jangan benarkan aku ikut. Kamu dah ada cukup alasan untuk berpisah dengan aku.” 77Maka mereka pun berjalan sehingga sampai ke satu kampung, mereka minta makanan dari orang² situ, tapi orang² tu tak nak layan mereka. Lalu mereka jumpa satu dinding nak runtuh, dia pun tegakkan balik dinding tu. Musa berkata, “Kalau kamu nak, boleh je ambil upah untuk kerja tu.” 78Dia pun berkata, “Inilah masa untuk kita berpisah. Sekarang aku akan jelaskan sebab kenapa aku buat benda² yang kamu tak sabar tengok tadi.” 79“Untuk kapal tu, ia milik orang miskin yang bekerja di laut. Aku rosakkan sedikit sebab di hadapan mereka ada raja yang rampas tiap kapal yang elok.” 80“Dan untuk budak tu, ibu bapa dia orang beriman. Kami takut dia akan buat mereka derita sebab jahat dan kufur.” 81“Jadi, kami nak Tuhan Penjaga bagi mereka anak lain yang lebih baik, lebih suci dan lebih sayang kepada ibu bapanya.” 82“Dan pasal dinding tu, ia milik dua budak yatim dalam kota tu. Di bawahnya ada harta yang disimpan untuk mereka. Ayah mereka orang baik. Tuhan Penjaga kamu nak mereka cukup besar nanti untuk keluarkan harta tu, sebagai rahmat dari Tuhan Penjaga kamu. Aku tak buat itu ikut suka aku. Itulah sebab kenapa aku buat benda² yang kamu tak sabar tengok tadi.” 83Dan mereka tanya kamu tentang Zulqarnain. Katakan, “Aku akan ceritakan pada kamu sedikit tentang dia.” 84Kami beri dia kuasa di bumi dan Kami beri dia jalan untuk capai apa saja tujuan yang dia nak. 85Maka dia pun ikut satu jalan. 86Sampai bila dia sampai ke tempat matahari terbenam, dia nampak matahari terbenam dalam air berlumpur, dan di situ dia jumpa satu kaum. Kami berkata, “Wahai Zulqarnain, kamu boleh hukum mereka atau buat baik pada mereka.” 87Dia berkata, “Siapa buat jahat, kami akan hukum. Tapi bila dia balik kepada Tuhan Penjaganya, Dia akan azab dia dengan azab yang berat.” 88“Dan siapa beriman dan buat baik, maka baginya balasan yang terbaik, dan kami akan cakap padanya dengan kata² yang mudah.” 89Kemudian dia pun ikut satu jalan lagi. 90Sampai bila dia sampai ke tempat matahari terbit, dia dapati ia terbit ke atas satu kaum yang Kami tak bagi mereka sebarang pelindung dari cahaya matahari tu. 91Begitulah. Dan Kami tahu semua yang ada padanya. 92Kemudian dia pun ikut satu jalan lagi. 93Sampai bila dia sampai di antara dua gunung, dia jumpa satu kaum yang dia hampir tak faham bahasa mereka. 94Mereka berkata, “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj buat kerosakan besar di bumi. Boleh tak kami bagi kamu bayaran, supaya kamu bina tembok antara kami dengan mereka?” 95Dia berkata, “Kuasa yang Tuhan Penjaga aku bagi padaku lebih baik. Tapi bantulah aku dengan tenaga kamu semua, aku akan buat dinding kuat antara kamu dan mereka.” 96“Bawakan aku kepingan besi,” sampai bila dia dah ratakan antara dua tebing gunung, dia berkata, “Tiupkan api.” Bila besi tu dah merah panas, dia berkata, “Bawakan aku tembaga cair untuk aku tuang ke atasnya.” 97Maka mereka pun tak dapat panjat atau tebuk tembok tu. 98Dia berkata, “Ini rahmat dari Tuhan Penjaga aku. Tapi bila janji Tuhan Penjaga aku tiba, Dia akan hancurkan semua tu. Janji Tuhan Penjaga aku memang benar.” 99Dan pada hari tu Kami biarkan mereka bercampur antara satu sama lain seperti gelombang², dan sangkakala pun ditiup, lalu Kami kumpulkan mereka semua. 100Dan Kami tunjukkan neraka Jahannam pada hari tu kepada orang² yang kufur (enggan akur), dengan jelas di depan mata mereka. 101Iaitu orang² yang mata mereka tertutup dari mengingati Aku, dan mereka tak dapat mendengar. 102Apakah orang² yang kufur (enggan akur) sangka mereka boleh ambil hamba² Aku sebagai pelindung (pembela) selain Aku? Sesungguhnya Kami dah sediakan neraka Jahannam sebagai tempat untuk orang² yang kufur (enggan akur) menetap. 103Kata: “Aku beritahu kamu siapa yang paling rugi dalam amal perbuatan mereka, nak tak?” 104"Iaitu orang² yang usahanya sia² dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka sangka (anggap tanpa kepastian) mereka buat benda yang baik." 105Mereka tu orang² yang kufur (enggan akur) terhadap ayat² Tuhan Penjaga mereka dan pertemuan dengan-Nya, maka semua amal mereka jadi sia², dan Kami takkan bagi sebarang nilai pada mereka pada hari kiamat (hidup semula). 106Itulah balasan mereka, neraka Jahannam, sebab mereka kufur (enggan akur) dan jadikan ayat²-Ku dan rasul²-Ku bahan ejekan. 107Sesungguhnya orang² yang beriman dan beramal baik, bagi mereka taman² Firdaus sebagai tempat tinggal. 108Mereka kekal di dalamnya, dan tak ingin berpindah ke tempat lain. 109Katakan: “Kalau laut jadi dakwat untuk tulis kata² Tuhan Penjaga aku, laut tu akan habis dulu sebelum kata² Tuhan Penjaga aku habis.” Begitulah walaupun Kami tambah lagi laut sebanyak itu. 110Katakan: “Aku hanyalah manusia macam kamu semua, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu semua satu Tuhan saja. Maka siapa yang harap pertemuan dengan Tuhan Penjaganya, biarlah dia beramal baik dan tak sekutukan siapa pun dalam khidmat kepada Tuhan Penjaganya.”