Al-Hijr

Surah 15 - 99 Verses

Translation: Quran Kini Project

Language: Malay

Generated: October 08, 2026

Read Online:

QR Code
1Alif, Lam, Ra. Ini adalah ayat-ayat Al-Kitab, dan sebuah Al-Quran yang jelas. 2Mungkin orang-orang yang kufur akan berharap kalau mereka boleh jadi orang yang berserah diri sebagai muslimeen. 3Biarkan mereka makan dan berseronok, dan biarkan angan-angan melalaikan mereka, kerana mereka kelak akan mengetahui.🏷️ (#lahwa yulhi) 4Dan Kami tidak membinasakan sesuatu negeri melainkan telah ada kitab suci yang diketahui dengan jelas. 5Tidak ada umat yang dapat mendahului ajalnya, dan tidak pula mereka dapat menangguhkannya. 6Dan mereka berkata, “Wahai orang yang diturunkan peringatan, sesungguhnya kamu seorang yang gila.” 7“Mengapa kamu tidak membawa malaikat kepada kami, jika kamu orang yang benar?” 8Kami tidak menurunkan malaikat melainkan dengan kebenaran, dan pada ketika itu mereka tidak akan diberi penangguhan. 9Sesungguhnya, Kamilah yang menurunkan peringatan itu, dan sesungguhnya, Kamilah yang akan memeliharanya. 10Dan sesungguhnya Kami yang mengutuskan sebelum kamu di kalangan sekta-sekta (mazhab) orang-orang yang terdahulu. 11Dan tidak datang kepada mereka seorang rasul melainkan mereka akan memperolok-olokkannya. 12Demikianlah Kami tanamkannya ke dalam hati orang-orang penjenayah (mujrimeen).🏷️ (#salaka nasluku) 13Mereka tidak akan beriman kepadanya, padahal telah berlalu sunnah orang-orang yang terdahulu.🏷️ (#sunnah sanna) 14Dan jika Kami bukakan untuk mereka sebuah pintu dari langit, lalu mereka terus-menerus naik melaluinya,🏷️ (#zollu zilla zolla)🏷️ (#aroja ya'ruju) 15Mereka pasti akan berkata, “Sesungguhnya penglihatan kami telah dikaburkan, bahkan kami adalah kaum yang telah disihir.” 16Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Kami telah menghiasinya untuk orang-orang yang memandang. 17Dan Kami telah memeliharanya dari setiap syaitan yang terkutuk. 18Kecuali sesiapa yang mencuri dengar, lalu dia dikejar oleh api yang menyala-nyala dengan jelas.🏷️ (#shihab ash'hab) 19Dan bumi ini Kami hamparkan, dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh, dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran yang seimbang. 20Dan Kami jadikan untuk kamu semua di dalamnya mata pencarian, dan Kami beri rezeki kepada mereka yang kamu semua tidak menjaga. 21Dan tidak ada sesuatu pun melainkan pada sisi Kami khazanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan kadar yang sedia maklum. 22Dan Kami telah menghantarkan angin sebagai agen pendebungaan, lalu Kami turunkan air dari langit, dan Kami berikan kamu semua minum daripadanya, dan kamu semua bukanlah penyimpannya. 23Dan sesungguhnya, Kami lah yang menghidupkan dan mematikan, dan Kami lah yang mewarisi. 24Dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang terdahulu di antara kamu semua, dan sesungguhnya Kami telah mengetahui orang-orang yang terkemudian. 25

Dan sesungguhnya Tuhan Penjagamu, Dialah yang akan menghimpunkan mereka.

Sesungguhnya Dia Maha Bijaksana, Maha Mengetahui.

26Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam yang dibentuk. 27Dan jin pula Kami ciptakan sebelum itu dari api yang amat panas. 28Dan ketika Tuhan Penjagamu berfirman kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam yang dibentuk.” 29

Apabila Aku telah menyempurnakannya dan meniupkan ke dalamnya dari ruh-Ku, "Tunduklah kamu semua kepadanya dengan akur.”

30

Para malaikat itu akur kesemuanya sekali.

31

Kecuali Iblis; ia enggan untuk bersama-sama dengan mereka yang akur.

32

Dia berfirman, “Wahai Iblis, apa sebabnya kamu tidak bersama-sama dengan mereka yang akur?”

33

Ia berkata, “Aku tidak akan akur kepada seorang manusia yang Engkau ciptakan dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam yang dibentuk.”

34

Dia berfirman, “Keluarlah dari sini, kerana sesungguhnya kamu terhina.”

35

“Dan sesungguhnya ke atas kamu laknat sehingga Hari Pembalasan.”

36

Ia berkata, “Tuhan Penjagaku, berilah aku tempoh sehingga hari mereka dibangkitkan.”

37

Dia berfirman, “Baiklah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tempoh.”

38

“Sehingga hari waktu yang sedia maklum.”

39

Ia berkata, “Tuhan Penjagaku, oleh kerana Engkau telah pesongkan aku, pasti aku akan mengindahkan dan glamorkan di bumi bagi mereka, dan pasti aku akan memesongkan mereka semua sekali.”

40

“Kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas (mukhliseen).”

41

Dia berfirman, “Ini adalah jalan yang lurus di sisi-Ku.”

42

“Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, kamu tidak mempunyai kuasa ke atas mereka, kecuali sesiapa yang mengikutimu dari kalangan orang-orang yang terpesong.”

43

“Dan sesungguhnya neraka Jahannam adalah tempat yang dijanjikan untuk mereka semua.”

44

“Ia mempunyai tujuh pintu; bagi setiap pintu ada bahagian yang ditentukan dari mereka.”

45

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman dan mata-mata air.”

46

““Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera, dalam keadaan aman.””

47Dan Kami cabut apa sahaja rasa dengki yang ada di dalam dada mereka; mereka menjadi saudara, di atas takhta-takhta sambil berhadap-hadapan. 48Mereka tidak disentuh oleh kepenatan di dalamnya, dan mereka tidak akan dikeluarkan daripadanya. 49Beritahulah hamba-hamba-Ku, bahawa sesungguhnya Akulah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang. 50Dan bahawa azab-Ku, itulah azab yang amat pedih. 51Dan beritahulah mereka tentang tetamu-tetamu Ibrahim. 52

Ketika mereka masuk menemuinya, lalu mereka berkata, “Salam.”

Dia berkata, “Sesungguhnya kami berasa takut terhadap kamu semua.”

53

Mereka berkata, “Janganlah kamu takut, sesungguhnya kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak lelaki yang berilmu.”

54

Dia berkata, “Adakah kamu semua memberi khabar gembira kepadaku sedangkan aku telah lanjut usia?

Dengan apakah kamu semua memberi khabar gembira?”

55Mereka berkata, “Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan kebenaran, janganlah kamu menjadi orang yang berputus asa.” 56Dia berkata, “Dan siapakah yang berputus asa dari rahmat Tuhan Penjaganya, melainkan orang-orang yang sesat?” 57

Dia berkata, “Apakah urusan kamu semua, wahai para utusan?”

58

Mereka berkata, “Sesungguhnya kami diutuskan kepada suatu kaum yang berdosa.”

59

“Kecuali keluarga Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semua.”

60

“Kecuali isterinya; kami telah takdirkan bahawa sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang tertinggal.”

61Apabila para utusan itu datang kepada keluarga Lut, 62

Dia berkata, “Sesungguhnya kamu semua adalah kaum yang tidak dikenali.”

63

Mereka berkata, “Bahkan kami datang kepadamu dengan apa yang mereka ragu-ragukan.”

64

“Dan kami datang kepadamu dengan kebenaran, dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang benar.”

65

“Pergilah bersama keluargamu pada sebahagian malam, dan ikutlah dari belakang mereka, dan janganlah seorang pun di antara kamu semua menoleh ke belakang, dan teruskanlah ke mana kamu semua diperintahkan.”

🏷️ (#qata'a)🏷️ (#mada) 66Dan Kami telah sampaikan kepadanya urusan itu, bahawa saki-baki mereka akan dihapuskan pada waktu pagi. 67Dan datanglah penduduk bandar itu dengan gembira. 68

Dia berkata, “Sesungguhnya mereka ini adalah tetamuku, janganlah kamu semua memalukan aku.”

69

“Dan bertaqwalah kepada Allah dan janganlah kamu semua menghinakan aku.”

70

Mereka berkata, “Bukankah kami telah melarang kamu berkomunikasi dengan orang luar?”

71

Dia berkata, “Inilah anak-anak perempuanku, jika kamu semua melakukan sesuatu.”

📝(Ayat 71) 72Sumpah atas hidupmu, sesungguhnya mereka berada dalam keadaan mabuk, mereka terumbang-ambing. 73Pekikan yang dahsyat menimpa mereka ketika matahari terbit. 74

Lalu Kami jadikan bahagian atasnya berada di bawah (diterbalikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu-batu dari Sijjil.

75Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang memerhatikan dan merenungkan. 76Dan sesungguhnya ia terletak di jalan yang dikenali. 77Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang-orang yang beriman. 78Dan sesungguhnya penduduk Aikah adalah orang-orang yang dalam kegelapan.🏷️ (#zholimeen) 79

Kami telah membalas mereka, dan sesungguhnya kedua-duanya sememangnya ada dengan mereka rujukan yang jelas.

80Dan sesungguhnya penduduk Al-Hijr telah mendustakan para rasul. 81Dan Kami telah datangkan kepada mereka ayat-ayat Kami, tetapi mereka berpaling daripadanya. 82Dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-ganang dalam keadaan selamat. 83Pekikan yang dahsyat menimpa mereka pada waktu pagi. 84Tidak berguna bagi mereka apa yang telah mereka usahakan. 85Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya melainkan dengan kebenaran. Dan sesungguhnya Saat itu pasti akan datang, maafkanlah dengan cara yang baik. 86Sesungguhnya Tuhan Penjagamu, Dialah Pencipta Yang Maha Mengetahui. 87

Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh yang diulang-ulang dan Al-Quran yang agung.

88Janganlah kamu tujukan pandanganmu kepada apa yang telah Kami berikan kesenangan kepada beberapa pasangan (golongan) dari mereka, dan janganlah kamu bersedih hati terhadap mereka, dan rendahkanlah sayapmu kepada orang-orang yang beriman. 89Dan katakanlah, “Sesungguhnya aku adalah pemberi amaran yang jelas.” 90Sebagaimana Kami telah turunkan kepada orang-orang yang membahagi-bahagikan. 91Orang-orang yang telah menjadikan Al-Quran itu terbahagi-bahagi. 92Demi Tuhan Penjagamu, pasti Kami akan menyoal mereka semua. 93Tentang apa yang telah mereka kerjakan. 94Sampaikanlah secara terang-terangan apa yang diperintahkan kepadamu, dan berpalinglah dari orang-orang yang mempersekutukan (mushrikeen). 95Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada orang-orang yang memperolok-olok. 96Orang-orang yang mengadakan tuhan yang lain bersama Allah; kelak mereka akan mengetahui. 97Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahawa dadamu menjadi sempit kerana apa yang mereka katakan. 98Bertasbihlah dengan memuji Tuhan Penjagamu dan jadilah kamu dari kalangan orang-orang yang sujud. 99Dan berkhidmatlah untuk Tuhan Penjagamu sehingga datang kepadamu keyakinan.”