1Kecelakaanlah bagi setiap pencela lagi pengumpat,
2Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya,
3Dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya.
4Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dicampakkan ke dalam Hutamah.
5Dan tahukah kamu apakah Hutamah itu?
6(Iaitu) api Allah yang dinyalakan,
7Yang naik sampai ke hati.
8Sesungguhnya ia ditutup rapat ke atas mereka,
9(Sedang mereka itu) pada tiang-tiang yang memanjang.