1Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan memperbanyakkan (harta dan pengikut),
2Sehingga kamu masuk ke dalam kubur.
3Sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui,
4Kemudian sekali-kali tidak! Kelak kamu akan mengetahui.
5Sekali-kali tidak! Sekiranya kamu mengetahui dengan ilmu yang yakin,
6Nescaya kamu benar-benar akan melihat api yang marak (Al-Jahim),
7Kemudian kamu benar-benar akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin,
8Kemudian kamu benar-benar akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan.